Biografi Alexandre Dumas (anak)

Awal hidup

Beliau anak luar nikah kepada Alexandre Dumas dan seorang tukang jahit bernama Catherine Laure Labay (1793-1868); datuknyaThomas-Alexandre Dumas merupakan seorang berdarah kacukan hamba abdi dari Haiti yang berkhidmat sebagai seorang jeneral dalam Tentera Darat Perancis ketika Revolusi Perancis tercetus.[1] Pada usia 7 tahun, Alexandre père mengiktiraf kelahirannya secara rasmi di mana keadaan tersebut membolehkannya mendapatkan pendidikan terbaik untuk anaknya - Alexandre fils dihantar ke Institution Goubaux dan Collège Bourbon.

Beliau sering diejek kerana status kelahirannya sepanjang pendidikannya di sekolah-sekolah asrama itu, keadaan tersebut sungguh mempengaruhi pemikiran dan penulisannya serta tema yang dibawa dalam sasteranya.

Kerjaya penulisan

Pada tahun 1844, Dumas berpindah ke Saint-Germain-en-Laye, berdekatan Paris, untuk hidup bersama ayahnya. Di sana, beliau berkenalan dengan seorang gadis sunti bernama Marie Duplessis. Hubungan yang dijalin antara mereka menjadi inspirasi kepada novel La Dame aux camélias. Novel ini kemudiannya diadaptasi menjadi suatu pementasan bertajuk Camille,and became the basis for Verdi's 1853 opera, La traviata, Duplessis undergoing yet another name change, this time to Violetta Valéry.

Beliau dimasukkan sebagai seorang anggota dalam Académie française pada tahun 1874.

Senja hidup

Beliau meninggal dunia pada 27 hari bulan November 1895 di Marly-le-Roi, Yvelines' mayatnya disemadikan di Tanah Perkuburan Montmartre di Paris.

Berkaitan